15. SEJARAH PENUBUHAN DAN MAKLUMAT SEKOLAH
BAB 1
Sekolah Menengah Agama Parit Sulong dahulunya dikenali sebagai Madrasah Arabiah Parit Sulong kini semakin berkembang maju selaras dengan perkembangan taraf pendidikan hari ini. Ia tubuhkan pada 1 Januari 1964 oleh Ustaz Ishak Bin Damio sebagai pengetua dan telah didaftarkan sebagai sebuah Sekolah Arab mengikut peraturan – peraturan Sekolah Arab Negeri Johor sebagaimana peraturan SUKJ 12/56 ( VOL 1) bertarikh 24 Septembar 1963 pada 4 April 1979M bersamaan dengan 7 Jamadil Awal 1399 H.
Madrasah ini menumpang di bangunan Balai Raya Parit Sulong dengan mendapat kebenaran dari Ketua Kampung serta ahli jawatankuasanya. Bahasa Arab digunakan sebagai bahasa penghantar . Masa belajar yang diperuntukkan tidak boleh kurang daripada empat (4) jam sehari. Sessi persekolahan dijalankan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang ( pagi atau petang ). Bilangan guru pada masa itu ialah 4 orang dengan pendapatan RM 20.00 sebulan. Bilangan pelajar pula seramai 80 orang meliputi darjah satu hingga darjah empat Ibtidaiah.
Matapelajaran yang diajar ialah Nahu, Sorof, Insyak, Akhlak, Hadith, Mutalaah, Fiqah, Tauhid, Al – Quran, Tajwid dan lain – lain lagi. Pengajaran mengikut sukatan pelajaran Sekolah – sekolah Rendah Arab Negeri Johor yang telah disusun dan ditetapkan oleh Jabatan Agama Negeri Johor. Semua peralatan mengajar adalah atas daya usaha guru – guru dan pentadbir sendiri. Sekolah bergerak tanpa mendapat bantuan dari mana – mana pihak atau sumber – sumber yang lain.
Bermula 1975, sessi persekolahan madrasah adalah pada tiap – tiap hari Ahad hingga Khamis, bermula pukul 2.00 petang hingga 6.20 petang. Matapelajaran akademik telah diperkenalkan sebagai matapelajaran tambahan di tingkatan satu, dua dan tiga mengikut seperti mana sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Oleh kerana madrasah ini terletak di kawasan yang sangat rendah dan seringkali dilanda banjir pada musim tengkujuh yang berlaku setiap tahun, maka bilangan pelajar semakin berkurangan.
Pada tahun 1979, madrasah ini dengan rasminya telah didaftarkan sebagai Sekolah Menengah Agama ( Rendah ) Negeri Johor. Pada akhir tahun 1983, madrasah ini telah mendapat Bantuan Skim pinjaman Buku Teks dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kemudahan dan galakan kepada pelajar. Tenaga pengajar juga telah menerima bantuan dari Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Johor mengikut bilangan murid. Antara tenaga pengajar pada masa itu ialah Ustazah Jaharah Bte Owan, Ustaz Hj. M. Noor Bin Hj. Noor, Cikgu Yusof Bin Wan dan Cikgu Jamieh Binti Kornian.
BAB 2
Pada tahun 1987, madrasah ini telah berpindah ke Bangunan UMNO yang terletak di Jalan Muar Parit Sulong. Bangunan dua tingkat yang juga merupakan Bangunan UMNO itu mampu menampung hampir 80 orang pelajar dengan 4 buah kelas. Seperti tahun – tahun yang lalu, sessi pembelajaran bermula pada pukul 2.00 petang hingga 6.20 petang, yang merangkumi dua aliran, Arab dan Akademik yang mana pelajarnya akan menduduki dua peperiksaan, iaitu Peperiksaan SMRA ( Sijil Menengah Rendah Agama ) yang akan mendapat Sijil Syahadah Ibtidaiah dan Peperiksaan SRP ( Sijil Rendah Pelajaran ).
Melalui dua peperiksaan ini, sekolah ini mempu melahirkan pelajar – pelajar yang cemerlang. Ini dibuktikan dengan keputusan peperiksaan yang mencapai tahap kelulusan 100% sejak tahun 1990 hingga 1996. Dan pada setiap tahun, madrasah ini menghantar pelajar – pelajarnya melanjutkan pelajaran ke Ma’ahad Johor yang mana sebahagian besar dari mereka ini telah menjawat jawatan yang baik di dalam agensi – agensi kerajaan dan swasta, sama adea di dalam negeri Johor mahupun negeri – negeri lain seperti Sarawak, Sabah dan Brunei Darus Salam.
Ini menambahkan keyakinan masyarakat untuk menghantar anak – anak mereka ke sekolah ini. Dengan bilangan pelajar yang semakin bertambah, bilangan guru – gurunya juga telah bertambah. Pada akhir tahun 1982, pihak sekolah telah menerima setengah ( ½ ) ekar tanah yang telah diwaqafkan oleh Puan Hajjah Mulia Binti Hj. Salleh untuk dijadikan tapak bangunan sekolah yang baru bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.
Pada tahun 1993, AJK Tadbir Sekolah telah mengadakan mesyuarat dan mengambil persetujuan untuk membina sebuah sekolah di atas tapak yang telah diwakafkan
BAB 3 ( Tahun 1994 – 1998)
Pada tahun 1994, sekali lagi sekolah ini berpindah ke bangunan yang telah dibina di atas tanah yang telah diwaqafkan oleh Puan Hajjah Mulia Binti Hj. Salleh. Bangunan satu tingkat itu adalah hasil usaha daripada dermawan, sumbangan orang ramai, ahli jemaah pengurusan sekolah dan juga guru – gurunya. Bangunan satu tingkat itu terdiri daripada tiga ( 3 ) bilik darjah, satu bilik guru, tandas dan kantin.
Pada tahun 1998 itu juga sebuah lagi bangunan dua tingkat dibina di bahagian belakang bangunan satu tingkat itu yang mengandungi empat ( 4 ) buah bilik darjah, tandas dan bilik sembahyang. Bangunan ini adalah hasil daripada bantuan modal Kementerian Pendidikan Malaysia dan bantuan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pada tahun 1999, dengan keprihatinan Jabatan Agama Johor, satu perundingan telah diadakan bersama dengan guru – guru sekolah ini. Hasil daripada perbincangan itu, mereka telah membuat keputusan untuk menggantikan bangunan satu tingkat yang sedia ada dengan bangunan 4 tingkat, yang akan dikendalikan oleh MAIJ, JAJ, PKENJ dan agensi lain yang terlibat. Oleh kerana bangunan yang ada tidak mampu menampung bilangan pelajar yang ramai, maka dua sessi persekolahan telah dijalankan iaitu pagi dan petang.
Di dalam Mesyuarat Agong Tahunan Kesatuan Guru – guru Sekolah Agama ( Arab ) Negeri Johor, Yang Dipertua Kesatuan ini telah mengumumkan bahawa kertas cadangan telah dihantar untuk menukar nama semua Sekolah Arab di negeri Johor ini dengan nama Sekolah Menengah Agama. Maka Sekolah Menengah ( Arab ) Pt. Sulong kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Parit Sulong yang terdiri daripada 180 orang pelajar dan 8 orang guru yang terdiri daripada 6 orang guru lama yang sangat berpengalaman dan 2 orang guru lepasan universiti dalam dan luar negara.
BAB 4 ( 2000 – 2001 )
Pada tahun 2000, projek pembinaan bangunan 4 tingkat telah berjalan seperti yang telah dirancangkan. Oleh kerana itu, pada tahun itu juga, sekolah ini sekali lagi berpindah ke bangunan 2 tingkat yang telah dibangunkan hasil daripada bantuan modal dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah siap dibina. Segala kerja – kerja telah dijalankan seperti yang dirancangkan dan pembinaan telah siap sepenuhnya pada akhir tahun 2001.
BAB 5 ( TAHUN 2002 – SEKARANG )
Pentadbiran sekolah ini berpindah sepenuhnya ke bangunan baru empat
( 4 ) tingkat yang terdiri daripada 8 buah bilik darjah, makmal komputer, makmal sains, bilik mesyuarat, bilik guru, pejabat, perpustakaan, kantin dan lain – lain lagi. Bermula pada tahun ini, semua pelajar memulakan sessi persekolahan pada waktu pagi bermula pukul 7.30 pagi hingga 1. 50 petang, dengan bilangan tenaga pengajar seramai 10 orang, dan bilangan pelajar seramai 180 orang.
Pada masa ini sekolah masih mengekalkan dua aliran, Arab dan Akademik. Sekolah ini mengikuti Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi matapelajaran Akademik manakala sukatan matapelajaran Arab adalah mengikut sukatan ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Johor.
sma parit sulong
>> Monday, December 14, 2009
Lagu sekolah
Tajuk : Berilmu Dan Beramal
Ilmu memberi cahaya
Penyuluh hidup kita
Berilmu dan beramal
Asas kejayaan
Berusaha terus berusaha
Menambah ilmu yang ada
Berama dan bertaqwa
Untuk kesejahteraan ummah
Berilmu dan beramal
Tuntutan agama islam
Menguji ketaqwaan
Mengekal keimanan
Berilmu dan beramal
Tuntutan agama islam
Menguji ketaqwaan
Mengekal keimanan
Berusaha terus berusaha
Menambah ilmu yang ada
Beramal dan bertaqwa
Untuk kesejahteraan ummah ( 3 X

